Ugut bunuh ibu, peniaga dihadapkan ke mahkamah

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 30 Jun – Padah mengugut bunuh ibu kandungnya dalam kejadian Khamis lepas, seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Shaifulzaini Pazeli, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya yang berusia 48 tahun dengan maksud hendak mendatangkan ketakutan dengan cara mengeluarkan kata- kata mahu membunuh.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Taman Tun Rahah, di sini, pada jam kira- kira 7.30 malam, pada 25 Jun 2020.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua- duanya jika ugutan yang menyebabkan kematian atau cedera parah ia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jumlah jaminan RM5,000 diberikan kepada tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian merayu agar jumlah jaminan yang rendah diberikan dengan alasan dia mempunyai tanggungan isteri dan anak.

Selepas mendengar hujah kedua- dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan dia dilarang mengacau ganggu tertuduh yang juga ibunya selain menetapkan 13 Ogos depan tarikh sebutan semula kes serta lantikan peguam.

Views:

539
Kongsi :
Previous post Caj sewaan fasiliti sukan: “Kalau boleh biarlah munasabah”
Next post AlifD wakili MU ke eMFL
Ubah saiz-+=