UiTM Melaka ‘tumbang’ 15 ekor lembu di Kemboja
AYER KEROH 7 Ogos – Seramai 175 peserta dari Malaysia telah mengambil bahagian dalam program korban Aidiladha di Kemboja, baru-baru ini.
Program berkenaan telah diketuai oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka Profesor Dr Abd Halim Mohd Noor yang juga Penasihat 1 Program Jejak Kemboja 2020.
Pengarah program Jejak Kemboja 2020 Muaz Mohd Noor berkata, program berbentuk khidmat masyarakat dan pengantarabangsaan itu diadakan dengan tujuan untuk memupuk budaya bantu-membantu sesama muslim di samping menyemai semangat bekorban dari kalangan kakitangan ACIS.
Tambahnya, ia juga diadakan untuk menyahut saranan pengurusan tertinggi UITM untuk mengadakan program CSR berimpak tinggi merentasi negara.
“Sebanyak 15 ekor lembu telah disembelih, serta diagihkan pada masyarakat minoriti Islam di kampung-kampung pendalaman Kemboja, termasuk di sempadan Loas.
“Selain daging korban, sumbangan barang-barang keperluan harian turut dihulurkan kepada masyarakat miskin khususnya yang terkesan dengan Covid-19, bermula bulan Ramadhan baru-baru ini sehingga bulan Zulhijjah,” katanya.
Menurutnya lagi, aktiviti korban itu menjadi sebahagian daripada tiga objektif utama penganjuran program Jejak Kemboja 2020 siri yang kedua anjuran Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Unit Hal Ehwal Islam (UHEI), UiTM Melaka.
Views:
Related
Berita Lain
ANAK MUDA TERUJA INISIATIF W.R.U.R
KUALA LINGGI 14 Januari - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) DUN Kuala Linggi 2025 nyata memberi impak kepada...
5 KEMALANGAN MAUT LIBAT PELAJAR SEKOLAH DI MELAKA SEPANJANG 2024
KUALA LINGGI 14 Januari - Sebanyak 18 kemalangan direkodkan membabitkan pelajar pergi dan balik sekolah di Melaka sepanjang tahun lalu....
NAIK TARAF STADIUM HOKI BUKIT SERINDIT BERMULA JULAI
DUYONG 14 Januari - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit bakal dinaik taraf membabitkan kos RM5 juta....
MASUK PERCUMA 20 FEBRUARI DITUNGGU-TUNGGU RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 14 Januari - Inisiatif Kerajaan Negeri yang akan meneruskan kemasukan percuma ke lokasi pelancongan di negeri ini pada...
SK BEMBAN ‘A’, SK MALIM JUARA LIGA HOKI MELAKA
DUYONG 13 Januari - Liga Hoki Melaka 2024/2025 Kategori Bawah 12 Tahun melabuhkan tirai dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Bemban 'A'...
ANUGERAH CEO OF THE YEAR GALAK PERSAINGAN SIHAT
AYER KEROH 13 Januari - Inisiatif meneruskan Anugerah 'The Best CEO of The Year Awards' menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan...