
UMNO Melaka panggil mesyuarat khas malam ini
AYER KEROH 5 Okt. – Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka akan mengadakan mesyuarat khas di Masjid Tanah malam ini bagi membincangkan kemelut politik setelah empat ADUN daripada parti kerajaan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberitahu Melaka Hari Ini, mesyuarat berkenaan akan diadakan di kediaman beliau di Masjid Tanah.
Antara pemimpin yang dijangka menghadiri mesyuarat ini adalah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, kesemua ketua bahagian, semua wakil rakyat UMNO dan ahli jawatankuasa badan perhubungan UMNO negeri.
UMNO Melaka mempunyai enam bahagian termasuk Bahagian Masjid Tanah, yang diketuai oleh Ab Rauf.
Ab Rauf adalah juga Speaker DUN Melaka.
Notis mesyuarat tersebut, yang akan diadakan pada 8 malam ini, telah ditandatangani oleh Setiausaha UMNO Melaka, Datuk Haji Mustafa Musa.
Semalam, Melaka digemparkan dengan kemelut politik apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyerahkan surat ketidakpercayaan kepada Sulaiman.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SEMAKIN DEKAT DI HATI FAN BINGBING, TERUS CIPTA MEMORI INDAH
KLEBANG 1 Januari - Bintang filem antarabangsa dari China, Datuk Fan Bingbing menyatakan rasa gembira dan teruja dapat menyambut Tahun...
INSIDEN HELIKOPTER: LATIHAN BERULANG KALI, KEJADIAN DI LUAR JANGKA
PENGKALAN BATU 1 Januari — “Latihan dilakukan berulang kali dan ia berlaku sekelip mata,”itu kata Bintara Kanan (BK) Technician Marine...
MELAKA TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN – PENGUNJUNG
KLEBANG 1 Januari - Kepelbagaian program dan persembahan kebudayaan yang disediakan Kerajaan Negeri sepanjang 2025 sehinggalah Ambang Tahun Baharu 2026 ...
INSIDEN HELIKOPTER: SEORANG PEGAWAI TLDM DIRAWAT DI UNIT RAWATAN RAPI
PENGKALAN BATU 1 Januari — Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital...
HUJAN RENYAI, TAPI AIR NAIK SANGAT PANTAS
SUNGAI RAMBAI 1 Januari – Kejadian banjir kilat yang melanda Kampung Parit Perawas, di sini, sejak Isnin lalu memaksa penduduk...
BANJIR PULIH, PPS SK PARIT PENGHULU DITUTUP
SUNGAI RAMBAI 1 Januari - Bencana banjir yang melanda dua buah kampung di Sungai Rambai pulih sepenuhnya, hari ini. Sekretariat...

