Usah panik, bekalan kit pantas RTK cukup

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 16 Feb – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka memberi jaminan peningkatan kes harian COVID-19 tidak menjejaskan keberadaan kit ujian pantas (RTK) di pasaran.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata, bekalan kit ujian itu mencukupi bagi kegunaan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, peningkatan kes sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan sekaligus menyebabkan permintaan kepada kit ujian naik mendadak.

“KPDNHEP Melaka ingin memaklumkan bahawa bekalan kit ujian mencukupi bagi kegunaan rakyat negeri ini.

“Malah hasil pemeriksaan ke atas 1,148 premis yang menjual kit itu juga mendapati rata-rata menjualnya di bawah harga siling ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, sepanjang September 2021 sehingga Januari 2022 pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan bekalan mahupun harga jualan melebihi paras ditetapkan.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau berkata, sejak Januari hingga 14 Februari, sebanyak 6,203 premis diperiksa pihaknya membabitkan pemborong, peruncit, pengilang serta peladang.

“Hasilnya sebanyak RM12,100 kompaun dan RM90,000 denda dikeluarkan pihaknya membabitkan pelbagai kesalahan .

“Malah dalam tempoh itu juga KPDNHEP menerima sebanyak 91 aduan rasmi yang secara amnya membabitkan perihal harga,” katanya.

Norena berkata, pihaknya mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan selain kekalkan etika perniagaan yang baik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

847
Kongsi :
Previous post Ular masuk sekolah
Next post TRAXXfm santuni anak-anak Kasih Sayang Angel
Ubah saiz-+=