UTeM buka bidaan nombor plat eksklusif

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

DURIAN TUNGGAL 8 Dis. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membuka bidaan nombor plat eksklusif UTeM bagi nombor pendaftaran bermula angka 1 sehingga 9999.

Naib Canselor UTeM Prof Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, fasa 1 bidaan bermula pada 9 Disember (Rabu) bagi kategori Silver dan Bronze.

“Kategori ini bermula pada jam 9 Disember sehingga jam 12 tengah hari pada 14 Disember dalam sistem e-bida UTeM yang khas iaitu ebida.utem.edu.my.

“Sesi bidaan bagi semua kategori nombor bermula pada 2 Januari hingga 7 Januari 2021 selepas dilancarkan Tuan Yang Terutama Negeri Melaka yang merupakan Canselor UTeM,” katanya.

Terdapat lima kategori bidaan nombor plat eksklusif UTeM iaitu Platinum bermula dengan harga RM30,000, Diamond (RM2,000), Gold (RM1,500), Silver (RM1,000) dan Bronze (RM450).

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemakluman Pembukaan Bidaan Nombor Plat Eksklusif UTeM di Auditorium Canselori Kampus Induk UTeM, hari ini.

Jelasnya, penjualan dan pendaftaran nombor plat perlu diselesaikan dalam tempoh tiga tahun dan hanya didaftarkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang ditetapkan.

“Jika masih ada nombor yang tidak terjual selepas tempoh tersebut, maka nombor-nombor itu akan menjadi hak milik JPJ semula.

“Tempoh bidaan setiap fasa dibuka hanya selama enam hari sahaja dan rebat sebanyak RM100 akan diberikan kepada staf, pelajar, alumni dan pesara UTeM dalam bidaan ini,” katanya.

Katanya, tawaran rebat itu hanya layak untuk satu nombor sahaja bagi setiap seorang.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof Dr. Zulkifilie Ibrahim; Bendahari UTeM, Khairul Taib dan lain-lain.

Views:

2688
Kongsi :
Previous post Kehilangan kambing terjawab
Next post Persidangan Ketiga (Bajet) buka tirai
Ubah saiz-+=