UTeM Jayakan Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlahkan peranan dan cakna kepada pihak memerlukan bukan hanya di peringkat nasional malahan melebar merentasi sempadan antarabangsa.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin telah menyempurnakan pelepasan program Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja 2022 di Bangunan Canselori UTeM, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin Dr Massila berkata, program ini merupakan anjuran Pusat Islam dan Kelab Usrati Pusat Islam UTeM dengan kerjasama Combodia-Arabic Student Alumni Association dan Persatuan Alumni Universiti Texas yang bermula pada 10 hingga 15 Julai 2022 lalu.

Katanya, antara objektif program ini adalah meluaskan peranan UTeM di peringkat antarabangsa dengan kerjasama agensi-agensi yang prihatin dalam membantu golongan fakir miskin dan kurang bernasib baik dari kalangan komuniti minoriti Islam.

“Setiap tahun program ini mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan warga UTeM dan menzahirkan keberadaan UTeM di peringkat antarabangsa dari aspek kebajikan, tanggungjawab sosial universiti dan kesukarelawan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelepasan program Misi Kembara Persaudaraan Islam UTeM-Kemboja 2022 di Bangunan Canselori UTeM, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UTeM, Dr Mahadi Abu Hassan berkarta program berkenaan sudah memasuki tahun yang ke-9 penganjurannya dan mendapat padu dari kalangan warga staf UTeM, Bank Islam dan masyarakat sekitar.

Ulasnya, seramai 7 petugas dari UTeM yang diketuai oleh Muhammad Asyraf turut serta bagi membantu saudara se-Islam di Kemboja untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dalam keadaan yang gembira dan sama-sama melakukan ibadah korban.

“Ianya turut termasuk aktiviti dakwah, program menyantuni asnaf dan sumbangan kepada pembangunan masjid dan sekolah melalui Tabung Amal Jariah UTeM, katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2084
Kongsi :
Previous post Mangsa langgar lari harap bantuan PERKESO
Next post Fasa kedua kilang Leuze tambah pelaburan RM200 juta
Ubah saiz-+=