UTeM kembangkan sayap ke Sri Lanka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DURIAN TUNGGAL 7 Februari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) College of Management and Technology (CMT) Campus, Sri Lanka,  bekerjasama untuk mengembangkan lagi bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara itu.

Naib Canselornya, Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, kerjasama itu secara tidak langsung mengiktiraf peranan dan kepakaran UTeM sebagai sebuah universiti teknikal terkemuka dunia.

“Kerjasama ini turut membabitkan penawaran program pengajian, aktiviti akademik dan penyelidikan antara UTeM dan CMT Campus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua belah pihak berlangsung di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

MoU tersebut ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM, Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim bersama Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) UTeM, Prof. Dr. Syaiful Rizal Abdul Hamid.

Sementara itu, CMT diwakili oleh Pengerusinya, Dr. A.M. Jameel dan Pengarah Eksekutif CMT Campus, P. M. Naleem.

Mengulas lanjut, Massila berkata dengan kerjasama itu beberapa agenda lain turut dijayakan seperti pertukaran tenaga pengajar dan pelajar.

“Pada masa sama akan diadakan penganjuran aktiviti seperti seminar, bengkel dan perkongsian bahan untuk kepentingan bersama, selain itu kita juga akan bekerjasama dalam aspek pengajaran serta penyelidikan bidang berkepentingan.
ends…

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

817
Kongsi :
Previous post Buruh direman tujuh hari rogol anak perempuan
Next post Harga petrol, diesel kekal sehingga 14 Februari
Ubah saiz-+=