UTeM laksana pendaftaran pelajar baharu atas talian bermula hari ini

AYER KEROH 5 Okt. – Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) menggunakan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di menggunakan sistem pendaftaran atas talian bermula hari ini
bagi memastikan keselamatan pelajar susulan penularan semasa pandemik COVID-19.

Naib Canselor UTeM Prof. Datuk Wira Dr. Raha Abdul Rahim berkata, seramai 2,687 pelajar baharu termasuk 290 pelajar antarabangsa diarahkan menggunakan kaedah itu bagi melaksanakan norma baharu yang telah ditetapkan.

Ujarnya, inisiatif yang dilaksanakan mampu mengelakkan berlakunya pendaftaran secara bersemuka mahupun berkumpulan pada pembukaan semester baharu di universiti terbabit.

“Pada masa sama, sesi pembelajaran semester baharu 2020 ini juga akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian sehingga pengumuman baharu dibuat berkaitan perkara ini.

“Para pensyarah kita sudah bersedia bagi menjalankan pengajian secara ‘online’. Malah, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), UTeM telah merangka kaedah dengan melaksanakan persediaan yang cukup berhubung kaedah ini bagi melaksanakan sistem pembelajaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Canselori di universiti berkenaan, pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. Zulkifilie Ibrahim dan TNC (Hal Ehwal Pelajar) Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap.

Menurut Raha, mengikut rekod setakat ini pihaknya telah menerima kira-kira 100 pelajar dan lima pelajar baharu di kampus berkenaan.

Katanya, pihaknya akan terus memantau setiap pergerakan termasuk kebajikan pelajar mengikut keperluan mereka.

“Pihak universiti memberi kebenaran pelajar untuk berada di kampus, malah membekalkan segala perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan termasuk asrama, kafeteria, kemudahan jaringan tanpa wayar (WiFi), perkhidmatan psikologi dan pusat kesihatan selama 24 jam.

“UTeM juga bercadang dan telah dipersetujui oleh peringkat pengurusan universiti bagi menghulurkan bantuan RM100 secara ‘one-off’ khususnya kepada pelajar dari keluarga golongan pendapatan bawah 40 peratus (B40) sama ada yang sudah berada di kampus mahupun masih di kampung masing-masing.

“Perkara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan dan menjaga kebajikan pelajar UTeM yang 65 peratus daripada jumlah pelajar universiti ini merupakan golongan B40,” katanya.

Views:

5

Share and Enjoy !

Shares
Previous post Istana Negara pandang serius berita palsu babitkan Agong
Next post ‘Coding with Scratch’ galak golongan cilik ceburi bidang sains