UTeM rekod lebih RM195,000 jualan nombor plat eksklusif

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DURIAN TUNGGAL 1 Jan. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merekodkan sejumlah RM195,160 hasil jualan terkumpul nombor plat eksklusifnya setakat hari ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UTeM, Tan Sri Dr. Ahmad Tajudin Ali berkata, jumlah itu menjadikan sebanyak 100 unit nombor plat eksklusif dalam kategori silver dan bronze telah dijual.

“Manakala bagi sesi bidaan kategori platinum, diamond dan gold bermula 2 Januari ini (Sabtu) sehingga 7 Januari melalui sistem ebida UTeM iaitu ebida.utem.edu.my.

“Tawaran bidaan terbuka kepada semua pihak termasuk industri, agensi kerajaan, alumni UTeM, staf dan pelajar serta masyarakat umum,” katanya.

MOHD Ali melakukan simbolik pelancaran majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penggunaan Nombor Plat Eksklusif UTeM di Kampus Induk UTeM hari ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.

Jelasnya, orang ramai diharap dapat melaksanakan bidaan harga sebaik-baiknya supaya nombor plat eksklusif UTeM diidamkan dapat dimiliki.

“Inisiatif ini sekali gus mengurangkan bajet mengurus UTeM sebanyak 56 peratus pada suku ketiga tahun 2020 dan sembilan peratus bagi suku keempat 2020,” katanya.

Hadir sama, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim dan lain-lain kenamaan.

Views:

1082
Kongsi :
Previous post Alunan selawat pembuka tirai 2021
Next post PKPP dilanjutkan mulai hari ini hingga 31 Mac 2021
Ubah saiz-+=