
Vaksinasi harian COVID-19 melebihi 500,000 dos enam hari berturut-turut
KUALA LUMPUR 1 Ogos – Jumlah vaksinasi harian COVID-19 di negara ini mencatat angka melebihi 500,000 dos selama enam hari berturut-turut dengan 519,111 dos suntikan diberikan semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata, daripada jumlah yang diberikan semalam, sebanyak 316,492 adalah dos pertama manakala 202,619 lagi dos kedua.
Secara kumulatifnya, sebanyak 20,533,660 dos sudah diberikan kepada penduduk di negara ini sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan pada 24 Feb lalu.
Jumlah itu meliputi 13,816,971 untuk suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,716,689 lagi bagi dos kedua.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: JANJI JASMINE BUAT RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 6 November - Penyediaan kemudahan pengangkutan bagi memudahkan warga emas mendapatkan rawatan kesihatan dan mengembangkan peluang untuk ekonomi...
HEE SEM HASRAT BUKA LEBIH BANYAK DESTINASI PELANCONGAN DI MACHAP JAYA
TANJUNG BIDARA 6 November – Membangunkan lebih banyak destinasi pelancongan bagi merancakkan ekonomi setempat dan membuka peluang pekerjaan kepada belia...
PRN MELAKA: RIDZUAN SEDIA ‘INFAK’ DIRI UNTUK BUKIT KATIL
AYER MOLEK 6 November - Pendekatan berjumpa empat mata dengan pengundi dari pintu ke pintu menjadi strategi calon Perikatan Nasional...
PELAJAR TVET BANGGA PILIH BIDANG KEMAHIRAN, YAKIN MASA DEPAN LEBIH CERAH
TANJUNG BIDARA 5 November - Persepsi terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang semakin positif meningkatkan keyakinan...
PENERIMAAN POSITIF PENGUNDI SUNTIK SEMANGAT CALON BN REMBIA
REMBIA 5 November - Penerimaan positif masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia terhadap calon Barisan Nasional (BN) menjadi antara...
PRN MELAKA: EMPAT FELDA KUBU KUAT BN DI ALOR GAJAH
REMBIA 5 November - Empat kawasan Felda dalam Parlimen Alor Gajah dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mampu...
