
Wanita bunuh bayi lelaki akan dituduh di Mahkamah Ampang pada Isnin
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada bayi malang itu akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Polis sedang giat mengesan seorang lagi individu yang masih bebas iaitu suami suspek, Mohamad Ruzem yang merupakan warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Sabtu lepas, pegawai perubatan Hospital Tunku Azizah telah menerima pesakit seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan namun telah disahkan meninggal dunia pada 4.30 petang Isnin lepas.
Hasil pemeriksaan mendapati kesan lebam di bahagian paha kanan dan kening mangsa, disyaki berlaku unsur penderaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA AGIH RM308,725 INSENTIF ATLET SUKMA DAN PARA SUKMA 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM308,725 sebagai insentif kemenangan kepada atlet mengharumkan nama Melaka pada temasya...
UTEM HARGAI USAHA KETUA MENTERI BINA MASA DEPAN MELAKA DENGAN TVET
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab...
TABOH NANING TERUS MEMBANGUN, RM36 JUTA ATASI KESESAKAN
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM36 juta bagi melebarkan jalan menuju ke Tol Simpang Ampat bakal menjadi antara usaha...
ZAHID PILIH TANJUNG BIDARA, IRINGI AB RAUF PADA HARI PENAMAAN CALON
TANJUNG BIDARA 28 Oktober – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk mengiringi calon...
LENDU MENITI TRANSFORMASI, RM430 JUTA AKHIRI EPISOD BANJIR
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM430 juta bagi pelaksanaan rancangan tebatan banjir baharu dari Masjid Tanah hingga Sungai Baru...
AYER LIMAU BAKAL JADI LUBUK REZEKI, 2,000 EKAR KAWASAN INDUSTRI DIBANGUNKAN
AYER LIMAU 28 Oktober - Pembangunan kawasan perindustrian baharu seluas 2,000 ekar di Lubok China bakal membuka peluang ekonomi lebih...
