UTeM sedia kongsi kepakaran teknologi HVAC

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

DURIAN TUNGGAL 2 September – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sedia bekerjasama dengan ‘Malaysian Air Conditioning & Refrigeration Association’ (MACRA) berhubung teknologi Sistem Pemanasan, Ventilasi dan Penyaman Udara (HVAC).

Naib Canselor UTeM Prof Ts Dr Massila Kamalrudin berkata, HVAC dimajukan Fakulti Teknologi Kejurteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) kini mendapat perhatian global.

“Terbaharu kami merangka kerjasama strategik dengan MACRA, perkara ini dibincangkan ketika perbincangan meja bulat UTeM Bersama MACRA 2022 di Kampus Teknologi UTeM, Ayer Keroh, baru-baru ini.

“Ini adalah satu peluang keemasan kerana MACRA menaungi lebih 200 industri dalam sektor pemanasan, ventilasi, penyaman udara dan penyejukbekuan (HVAC&R) seluruh Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

WhatsApp Image 2022-09-02 at 3.48.05 PM
DEKAN Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP), Profesor Ts. Dr. Effendi Mohamad (kanan) menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Presiden MACRA, Peter Tan Chin Wah (kiri) di Kampus Teknologi UTeM baru-baru ini.

Sementara itu Dekan FTKMP, Prof Ts. Dr. Effendi Mohamad berkata, potensi kerjasama merangkumi khidmat bantuan penyelidikan, perundingan, penempatan latihan industri, kebolehpasaran graduan, pembelajaran berasaskan kerja termasuk pemindahan ilmu dan teknologi.

“Aspek tersebut boleh membantu peranan universiti sebagai hab-kepakaran dan teknologi, pada masa sama memperkasakan hasrat kerajaan dalam mengembangkan lagi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Manakala Timbalan Dekan Akademik FTKMP, Ts. Dr. Nur Rashid Nuri berkata, ia turut mensasarkan input mengenai kehendak industri berkait modal insan agar keberhasilan graduan yang kompeten dan cemerlang daripada segi nilai ilmu serta praktis bergerak seiring.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2234
Kongsi :
Previous post Jangan jadikan masjid gelanggang politik – Agong
Next post Wanita bunuh bayi lelaki akan dituduh di Mahkamah Ampang pada Isnin
Ubah saiz-+=