
Wanita masyarakat India carum SKSSR masih rendah
BANDARAYA MELAKA 11 Disember – Persatuan Wanita India Negeri Melaka (PERWIM) menyasarkan lebih ramai wanita masyarakat itu mencarum menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pengerusi PERWIM, Datin S Santha Basil berkata, setakat ini hanya 128 sahaja wanita masyarakat India di Negeri Melaka direkodkan mencarum menerusi skim itu.
“Jumlah ini dilihat masih rendah, jadi saya minta kepada semua para ibu (masyarakt India) supaya mencarum dan ambil tahu apa manfaat disediakan SKSSR.
“Sementara itu jumlah wanita masyarakat India seluruh negara mencarum menerusi SKSSR pula seramai 5,900 orang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Ladies High Tea-An Evening Red di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.
Program berkenaan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin.
Turut hadir adalah rakan-rakan daripada Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO Melaka) dan Kelab Badminton Seri Murni (KBSM).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TINJAU GAMIT ‘HIKERS’ TAWAN PUNCAK BUKIT GAPIS
ASAHAN 21 September - Aktiviti mendaki Bukit Gapis atau juga popular dengan panggilan Gunung Melaka kini lebih menarik dengan pembinaan...
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
