
Wanita pecah masuk lima stesen minyak ditahan
PERINGGIT 14 Julai – Berbekalkan pemutar skru seorang wanita dipercayai terbabit pecah masuk lima stesen minyak di sekitar Melaka Tengah sejak Jun ditahan Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, pihaknya menyerbu sebuah rumah Taman Peringgit Ria sebelum menahan suspek berusia 48 tahun itu pada jam 11 malam.
Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas beberapa peralatan digunakan untuk kegiatan jenayah itu termasuk pemutar skru dan sebuah motosikal.

“Siasatan mendapati suspek melakukan kegiatan itu antara jam 3 hingga 7 pagi di lima stesen minyak di sekitar daerah ini sejak Jun lalu, dengan nilai kerugian dianggarkan bernilai RM5,000.
“Suspek dipercayai mencuri wang tunai dan hasil jenayah itu digunakan untuk membeli dadah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut beliau, siasatan lanjut turut mendapati suspek menjalankan kegiatan itu bersendirian dan mempunyai rekod lampau membabitkan tiga kes jenayah dan dua kes dadah.
“Suspek direman bermula kelmarin hingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL DI SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG INI
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan...
SUSPEK AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS DI PAGI RAYA
AYER KEROH 30 Mac – Tindakan licik seorang lelaki tempatan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal tahun ini...
RUMAH TERBUKA AYER MOLEK BAWA KELAINAN, JELAJAH 6 KAMPUNG
AYER MOLEK 30 Mac - Walaupun tidak dianjurkan dalam skala besar, namun Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
RM37.5 JUTA BAIK PULIH JALAN, LONGKANG DI MELAKA
AYER LIMAU 30 Mac - Sebanyak RM37.5 juta diperuntukkan bagi kerja membaik pulih jalan dan sistem perparitan di seluruh Negeri...
TRADISI REWANG SEMARAK RAYA ORANG TABOH NANING
TABOH NANING 30 Mac - Memasak tiga kawah dan satu periuk besar kari lembu menjadi mudah menerusi rewang yang bersempena...
MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LENDU
LENDU 30 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dirasai...

