
Warga emas rugi hampir RM0.5 juta diperdaya ‘parcel scam’
SEREMBAN 31 Ogos – Perkenalan seorang warga emas dari Port Dickson dengan seorang wanita di laman sosial sejak Jun tahun lepas, membawa padah kepadanya apabila beliau kerugian kira-kira RM400,000 akibat diperdaya sindiket parcel scam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, pesara lelaki berusia 78 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Velostin Tina, dari Amerika Syarikat di Facebook.
Menurut Aibee, mangsa dijanjikan kiriman bungkusan dipercayai wang bernilai lebih RM60 juta (1.5 juta USD), yang akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier ke negara ini.
โWanita itu berjanji akan datang ke Malaysia dan memberi 30 peratus daripada wang itu kepada mangsa. Dalam proses untuk mendapatkan bungkusan tersebut, mangsa telah membayar beberapa kos kastam dan cukai ke lima akaun bank yang berbeza,โ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata lelaki berkenaan berasa ditipu setelah diminta untuk membayar sebanyak RM479,250 lagi kepada wanita itu, sedangkan bungkusan yang dijanjikan masih belum diterima.
Aibee berkata, mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Views:
Related


Berita Lain
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
RUNDINGAN KERJASAMA PRN MELAKA BELUM BERMULA – AB RAUF
BANDA HILIR 24 September - Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
