Webinar ‘Melaka Menggamit Dunia, Fajar Kebangkitan Baharu’ bawa aspirasi kerajaan negeri

Masa Membaca:1 Minit, 50 Saat

AYER KEROH 18 Feb – Ketua Pegawai Eksekutif Tun Razak Exchange (TRX) Datuk Azmar Talib dan Pengerusi Dewan Senior Majlis Dakwah Negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan akan menjadi panel jemputan webinar ‘Melaka Menggamit Dunia, Fajar Kebangkitan Baharu’.

Webinar secara dalam talian anjuran Institut Tun Perak (ITP) pada 24 Feb ini dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, akan dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Manakala Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif sebagai Moderator.

Pengurus Besar ITP, Hazzlan Sama berkata, objektif webinar itu adalah untuk membawa aspirasi besar kerajaan negeri yang ingin menjadikan Melaka sebagai negeri tumpuan perdagangan dan pelancongan bertaraf dunia.

“Menerusi webinar ini kita dapat menjadikan Melaka sebagai pusat ketamadunan Islam pasca COVID-19.

“Dengan kata lain ia juga mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Disebabkan kes COVID-19 semakin meningkat kita memilih untuk mengadakan webinar secara dalam talian dengan sasaran lebih 1,000 penyertaan pada hari tersebut,” katanya kepada Melaka Hari ini (MHI) di sini, hari ini.

Katanya, webinar berkenaan turut mendapat kerjasama MHI bagi tujuan hebahan dan promosi secara aktif.

“Kami membuat hebahan secara dalam talian, mengedarkan surat jemputan kepada peserta di Melaka khasnya dan mempromosi secara aktif dengan kerjasama MHI serta media sosial dibawah ITP.

“Peserta yang mendengar webinar ini boleh bertanya soalan secara terus kepada panel-panel yang dijemput untuk membantu menyelesaikan segala pertanyaan mereka.

“Fokus utama webinar ini adalah bagaimana proses pemulihan ekonomi akan dijalankan untuk membantu kerajaan negeri terutama sektor pelancongan di Melaka yang terjejas akibat COVID-19,” katanya.

Mengulas lanjut Hazzlan berkata, ITP dalam perancangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama MHI untuk menyampaikan input-input strategik yang dianjurkan dibawah program kerajaan negeri.

“Memang kita ada perancangan bekerjasama dengan MHI terutama program-program yang bersifat secara digital untuk kita sampaikan sesuai dengan ITP.

“Ia khusus kepada program seperti webinar atau program-program penerbitan kerana MHI juga agensi penerbitan…kita harap kerjasama ini akan dapat membantu kerajaan negeri dari segi penyampaian maklumat kepada rakyat Melaka,” katanya.

 

webinar 1- HAZZLAN

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

965
Kongsi :
Previous post Penguasa kanan SPRM dipenjara tiga tahun, dua sebatan salah guna wang rampasan US6.94 juta
Next post PN tawar pelan pembangunan ekonomi majukan lagi Johor
Ubah saiz-+=