Wei Nee mahu jadi Ahli Bioteknologi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 28 Julai – Berdisiplin dan tidak menangguhkan kerja antara rahsia pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2022, Gee Wei Nee, 20.

Wei Nee sebelum ini belajar di Kolej Tingkatan Enam Tun Fatimah meluahkan rasa bangga kerana tersenarai sebagai 20 pelajar terbaik STPM peringkat Kebangsaan.

Anak kedua dari tiga beradik itu berkata, dia sentiasa mengatur jadual waktu pembelajarannya agar seimbang dengan masanya bersosial.

“Mahu berjaya usaha kena lebih, berdisiplin dan tugasan diberikan guru jangan bertangguh kerana usaha tidak akan mengkhianati hasil.

“Apabila tersenarai dalam ‘top 20’ pelajar terbaik STPM Kebangsaan, saya berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberi galakan kepada kami tiga beradik untuk terus maju dalam kehidupan khusus akademik.

“Selepas ini, saya bercadang untuk mengejar cita-cita menjadi seorang ahli bioteknologi dan menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM),” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) dan Huffaz 2022 Melaka, di sebuah resort, di sini, semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Mengulas lanjut, Wei Nee turut berkongsi, mempunyai impian untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi hingga ke luar negara.

Pada majlis tersebut Wei Nee menerima sumbangan RM1,000 daripada Kerajaan Negeri atas kecemerlangannya pada STPM 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1153
Kongsi :
Previous post Chargeman: Berkelulusan SPM, namun bergaji lumayan
Next post Gilap pelapis bola sepak Melaka
Ubah saiz-+=