Gilap pelapis bola sepak Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PAYA RUMPUT 28 Julai – Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Peringkat Negeri Melaka berupaya mencari pelapis bola sepak baharu di negeri ini.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam berkata, kejohanan tersebut menjadi pentas untuk anak-anak sejak di bangku sekolah mengasah bakat dan minat mereka dalam sukan nombor satu negara itu.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri sentiasa menyokong sebarang usaha untuk mengangkat martabat sukan berkenaan ke peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah satu permulaan yang baik untuk anak-anak muda kita digilap dengan cara terbaik bagi membolehkan mereka mengharumkan nama Negeri Melaka ke peringkat lebih tinggi.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, pembangunan bola sepak dalam kalangan belia amat diperlukan bagi melahirkan atlet yang berdisiplin dan berbakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak MSSNM Negeri Melaka Kategori Bawah 12, Tahun 2023 di Padang 10 Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA), di sini, semalam.

Pada perlawanan akhir itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Lesong Batu muncul juara selepas menewaskan SK Jalan Datuk Palembang dengan keputusan 1-0.

Kejohanan yang bermula 24 Julai lalu itu telah melibatkan penyertaan 109 buah sekolah rendah seluruh Negeri Melaka.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan buah sekolah terpilih ke peringkat suku akhir dan seterusnya perlawanan akhir yang berakhir semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1528
Kongsi :
Previous post Wei Nee mahu jadi Ahli Bioteknologi
Next post PBT disaran jalankan inisiatif baiki kediaman usang
Ubah saiz-+=