Sorting by

×

WRUR TELOK MAS: MEDIUM UNTUK SEMUA GENERASI TUNJUK BAKAT

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

TELOK MAS 15 Jun – Bukan sekadar fokus kepada usaha menyelesaikan permasalahan komuniti, sebaliknya Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dianggap sebagai medium untuk semua generasi menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing.

Mastura Aziz, 50, dari padang temu berkata, ianya terbukti apabila Program Ajak Sekampung Festival 2026 sempena Pembukaan WRUR Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas mendapat perhatian dan dihadiri pengunjung segenap lapisan usia bermula kanak-kanak hingga warga emas.

“Tanpa kita mereka itu gen X, Y, Z atau sudah berusia seperti saya semua orang berpeluang menunjukkan bakat masing-masing kerana program seperti ini menyediakan banyak aktiviti yang boleh mereka sertai.

“Contoh pertandingan memasak, meskipun syarat adalah menyediakan menu warisan tetapi saya bangga apabila melihat ramai peserta adalah dalam kalangan anak muda yang mungkin gen X, Y atau Z,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan di Padang Bola Taman Seri Telok Emas, di sini, semalam.

Sementara itu Rohayah Kassim, 47, dari Alai Baru berkata, inisiatif WRUR menjadi pelengkap kepada gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) kerana kerajaan kini melihat permasalahan rakyat khusus golongan kurang bernasib baik secara lebih menyeluruh dan holistik.

Katanya, kaedah turun padang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bersama Exco, wakil jabatan dan agensi berkaitan melancarkan lagi usaha untuk mencari penyelesaian berhubung sesuatu permasalahan dihadapi komuniti.

“Jangan berhenti perlu teruskan, ini adalah satu bentuk penjenamaan yang amat baik dalam meningkatkan lagi tahap kualiti dan penyampaian perkhidmatan Kerajaan Negeri kepada rakyat Melaka.

“Saya amat menyokong inisitif dan bangga menjadi orang Melaka kerana kita ada satu program untuk menyantuni dan penyelesaikan permasalahan rakyat menggunakan cara kita yang tersediri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

443
Kongsi :
Previous post NILAI PERPADUAN BENTUK ALLEX JADI PEMIMPIN
Next post WRUR TELOK MAS: TOK AJAK IKTIRAF NELAYAN SEBAGAI PEJUANG LAUT