WTD 2025 MELETAKKAN MELAKA TUMPUAN DUNIA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDA HILIR 5 Oktober- Penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berjaya meletakkan Melaka sebagai tuan rumah kepada Hari Pelancongan Dunia atau World Tourism Day (WTD) 2025.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata bukti TMM2024 yang kini berada di landasan terbaik adalah selepas melepasi sasaran 10 juta pelancong setakat September lalu.

“Setakat ini hampir 80 peratus kehadiran dicatatkan oleh pelancong tempatan manakala selebihnya disumbangkan oleh pelancong luar negara.

“Untuk itu kita akan memperbanyakkan lagi kehadiran pelancong luar selepas Melaka menerima watikah sebagai negeri yang menjadi tuan rumah kepada WTD yang berlangsung pada September 2025.

“WTD itu nanti, ia akan membawa delegasi seramai 155 dunia terdiri daripada menteri pelancongan negara masing-masing dan kita harap minggu tersebut menjadikan Melaka sebagai tumpuan dunia yang mana UNESCO menilai Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan Majlis Flag Off Melaka Explorace 2024 anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post BONGKAR NILAI SEJARAH MELAKA
Next post MAPEX BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH IDAMAN
Ubah saiz-+=