Yayasan DMDI dan PSBM hantar bantuan awal Misi Banjir ke Baling

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 5 Julai – Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan kerjasama Persatuan Sukarelawan Bencana Melaka (PSBM) berlepas ke Baling, Kedah untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa terjejas akibat banjir.

Pengurus Besar YDMDI, Datuk Wira Zainal Husin berkata, pihaknya akan mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa di Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas.

Katanya, bantuan itu boleh memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 400 mangsa pada ketika ini ditempatkan di beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

TILAM antara barangan asas yang dibawa sama sebagai bantuan awal yang akan diberikan kepada mangsa banjir di Baling, Kedah

“Bantuan yang diberikan berupa makanan asas seperti beras, gula pasir, biskut, tepung dan air mineral. Turut disumbangkan ialah pelitup muka, tilam, bantal dan pencuci lantai.

“Saya harap dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit bebanan ditanggung mangsa,” katanya ketika ditemui di Pusat Pengumpulan Barangan Bantuan, di sini, hari ini.

ASHWAD ketika memasukkan lampin pakai buang ke dalam kenderaan untuk diberi sebagai bantuan awal kepada mangsa banjir di Baling, Kedah

Sementara itu, Pengerusi PSBM, Ashwad Abd Rahim berkata, empat kenderaan pacuan empat roda dan 18 sukarelawan digerakkan untuk mengagihkan bantuan berkenaan.

Ashwad berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa di Baling bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa.

“Ini adalah bantuan awal dan insyaAllah selepas ini kami akan melakukan kerja pembersihan rumah mangsa banjir pula.

“Saya berterima kasih kepada Yayasan DMDI yang turut bersama-sama kami untuk menyalurkan bantuan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2308
Kongsi :
Previous post Wartawan tak sangka lapor kes bunuh bekas guru sendiri
Next post Kejayaan filem Mat Kilau bukti dasar kerajaan tepat, bantu penerbit tempatan
Ubah saiz-+=