
YB DUYONG MAHU BERAYA DENGAN ANAK-ANAK ‘TERABAI’
DUYONG 26 Mac – Tatkala 1 Syawal menjadi hari untuk seisi keluarga berkumpul dan bermaaf-maafan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong pula berhasrat menjadikan Aidilfitri pertama tahun ini lebih istimewa dengan meraikannya bersama anak-anak kurang bernasib baik.
Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, beliau merancang untuk menyambut hari raya kali ini bersama anak-anak yang terabai dan pernah menjadi mangsa penderaan yang ditempatkan di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz, Durian Daun.
Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, hasratnya hanya satu iaitu mahu menggembirakan dan mengukir senyuman kepada anak-anak kurang bernasib baik di rumah kebajikan itu.
“Saya difahamkan terdapat kira-kira 80 anak-anak yang ditempatkan di rumah kasih ini dan daripada jumlah itu, hanya kira-kira 10 hingga 15 sahaja yang akan pulang beraya bersama keluarga.
“Walaupun ini merupakan pengalaman pertama saya, tetapi saya mahu menyantuni dan beraya bersama mereka supaya saya dapat belajar sesuatu dan membantu mereka merasai kemeriahan suasana hari raya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Moreh Bersama Pengamal Media Negeri Melaka di Japerun Duyong, di sini, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY AJAK PENGUNDI KELUAR AWAL, BIMBANG CUACA JEJAS KADAR KELUAR MENGUNDI
DUYONG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: FAIRUL NIZAM MAHU SEMANGAT KEKELUARGAAN TERUS SUBUR DI ASAHAN
ASAHAN 13 November - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan mahu meneruskan kesinambungan khidmat...
PRN MELAKA: PENGUSAHA TRAK TUNDA HARGAI KEPIMPINAN TOK RAUF
BANDARAYA MELAKA 13 November - Komuniti pengusaha trak tunda (tow truck) di Melaka menyifatkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk...
PRN MELAKA: AZRIL JANJI TERUS TURUN PADANG, TANGANI ISU INFRASTRUKTUR REMBIA
REMBIA 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.06 Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz...
PRN MELAKA: TENGAH MALAM YB ALONG TURUN, KEPRIHATINAN DIKENANG PENDUDUK ASAHAN
ASAHAN 13 November - Keprihatinan Datuk Dr. Fairulnizam Roslan yang sanggup turun padang pada tengah malam menyantuni mangsa ribut amat...
PRN MELAKA: ‘APAPUN LANGGAR SAYA DI DEPAN, SAYA TAHU ORANG DUYONG ADA DI BELAKANG’ – HELMY
DUYONG 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
