
Ziarah Kasih kenal pasti individu, keluarga kurang bernasib baik
FOKUS DUN N09 DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 25 Mac – Program Ziarah Kasih bukan sekadar lawatan menyampaikan sumbangan tetapi juga untuk mengenal pasti individu kurang bernasib baik yang tercicir daripada perhatian.
Inisiatif itu turut dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil yang berkesempatan menyantuni beberapa keluarga memerlukan di sekitar Kampung Parit Melana, Durian Tunggal.
“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan insan-insan yang diuji ketika ini. Saya percaya dengan menziarahi mereka, kita dapat memberi kelegaan dan keceriaan untuk mereka.
“Semasa lawatan ini saya juga sempat untuk bertanya khabar mengenai kesihatan pesakit dan dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan keluarga mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini.
Hadir sama Ahli Majlid Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Azman Omar.
Terdahulu Zahari sempat singgah di kedai makan Kmapung Parit Melana untuk mendengar aduan serta permasalahan masyarakat setempat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...

