Kek untuk abang polis

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

N08 – Machap Jaya

MACHAP JAYA 25 Mac – Peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang banyak berkorban menjaga keamanan dan keselamatan dalam komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dihargai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, bagi menghargai jasa perkhidmatan sempena sambutan Hari Peringatan Polis ke-215 beberapa balai polis disantuni bagi meraikan sambutan berkenaan.

“Terima kasih kita ucapkan kepada pihak polis terutama dalam kawasan Machap Jaya yang bersama menjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan ini.

“Kita sedia maklum hubungan polis bersama masyarakat termasuk pucuk pimpinan kawasan sentiasa bekerjasama demi menjaga keamanan di kawasan ini.

“Malah mereka juga ada yang tidak dicutikan demi menjaga keselamatan kawasan ini ketika musim perayaan dan ini satu penghargaan yang perlu dilakukan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri mengagihkan sumbangan kek di Balai Polis Tebong, di sini hari ini.

HEE Sem turut menyampaikan sumbangan kek di Balai Polis Machap Jaya.

Dalam program diadakan itu, tiga balai polis terpilih termasuk Balai Polis Machap Jaya dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah dihadiri Hee Sem bagi menyumbangkan sebentuk kek sebagai meraikan sambutan itu.

Sementara itu, Penolong Ketua Balai Polis Tebong, Sarjan T. Sreedharan berkata, pihaknya berterima kasih atas sumbangan yang diberikan bagi memperingati sambutan diadakan seluruh negara.

“Terima kasih kami ucapkan kepada ADUN Machap Jaya yang mengingati hari yang diraikan ini.

“Tidak dinafikan hubungan baik antara polis dan pentadbiran DUN di kawasan ini sentiasa bekerjasama baik demi memastikan kawasan ini bebas dari sebarang jenayah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1736
Kongsi :
Previous post Zii Jia konsisten selepas bergelar pemain profesional – Rashid
Next post Ziarah Kasih kenal pasti individu, keluarga kurang bernasib baik
Ubah saiz-+=