
Zii Jia, lima beregu teruskan cabaran negara di Final Jelajah Dunia HSBC BWF
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia dan lima beregu Malaysia berjaya melangkah ke Final Jelajah Dunia HSBC BWF yang akan diadakan di Impact Arena dari 27 hingga 31 Januari ini di Bangkok, Thailand.
Lima beregu negara itu adalah dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, dua gandingan wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan Vivian Hoo-Yap Cheng Wen serta beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai.
Kesemua mereka layak ke kejohanan akhir selepas tersenarai dalam lapan pemain dan beregu terbaik bagi setiap kategori dalam HSBC BWF Road to Bangkok Rankings.
Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menerusi laman webnya www.bwfworldtourfinals.bwfbadminton.com, maksimum dua pemain atau beregu bagi setiap Ahli Persatuan layak untuk menyertai Final Jelajah Dunia HSBC BWF.
Pemain diwajibkan menyertai kedua-dua kejohanan Terbuka Thailand Yonex dan Toyota untuk layak ke Final Jelajah Dunia HSBC BWF.
Bagaimanapun, Malaysia gagal untuk melayakkan diri dalam acara perseorangan wanita pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$1.5 juta (RM6.07 juta) itu selepas tiada pemain dalam acara berkenaan tersenarai sebagai lapan pemain terbaik.
Undian untuk Final Jelajah Dunia HSBC BWF dijadualkan pada 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia) esok.
Views:
Related


Berita Lain
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
RUNDINGAN KERJASAMA PRN MELAKA BELUM BERMULA – AB RAUF
BANDA HILIR 24 September - Rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
