
10 lelaki ditahan ‘perang’ bunga api
SEREMBAN, 7 Mei – Polis menahan 10 lelaki awal pagi tadi dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang di sini seperti tular dalam laman sosial Facebook.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kesemua individu berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada 4.40 pagi di sekitar daerah ini dan direman selama tiga hari sehingga 9 Mei.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku 2 Mei lepas pada sekitar tengah malam.
βTurut dirampas sejumlah besar bunga api dan mercun dengan siasatan lanjut masih dijalankan. Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, tular satu video berdurasi 29 saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...

