110 anak DUN Asahan khatan percuma

Masa Membaca:57 Saat

ASAHAN 17 Disember – Seramai 110 anak-anak Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dikhatankan secara percuma di Felda Bukit Senggeh di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata ia bagi membantu masyarakat di DUN berkenaan melaksanakan kewajipan untuk anak-anak lelaki mereka.

“Program Khatan Perdana DUN Asahan 2023 ini adalah kali ketiga diadakan sejak saya menjadi wakil rakyat di kawasan ini.

“Memang setiap tahun kita sasarkan 100 penyertaan, alhamdulillah kita mencapai sasaran tersebut dan Insya-Allah ia akan bertambah pada tahun hadapan.

“Alhamdulillah kita mendapat sokongan daripada ibu bapa semua, pihak sekolah untuk mencari peserta berkhatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan program berkenaan di sini, hari ini.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata,  program itu secara tidak langsung memberi pendedahan kepada penduduk tentang pentingnya berkhatan.

“Kita berikan percuma sahaja kepada semua anak-anak ini dengan niat untuk membantu masyarakat di DUN ini.

“Yang paling penting bukan dari segi kos, tetapi pendidikan kita sampaikan kepada anak-anak ini apa itu berkhatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1695
Kongsi :
Previous post Bangun awal pagi, teruja berkhatan beramai-ramai
Next post Empat jeti di DUN Ayer Limau sedia terima pelancong
Ubah saiz-+=