
110 pelajar terima sumbangan ‘Back To School’ MPJ
JASIN 9 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meraikan kira-kira 110 pelajar dalam golongan B40 menerusi bantuan Program Back To School Tahun 2023 Daerah Jasin di Dewan MPJ, Lipat Kajang, di sini, hari ini.
Bantuan tersebut disampaikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan dan Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif.
Menurut Rosemanizam, 110 pelajar yang dipilih mewakili enam Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Daerah Jasin iaitu DUN Bemban, Serkam, Merlimau, Rim, Asahan dan Sungai Rambai.
“Setiap DUN kita peruntukan 15 orang pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
“Hari ini juga kita turut memberikan bantuan kepada 20 anak warga kerja MPJ,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Back To School MPJ Tahun 2023 di Dewan MPJ Lipat Kajang hari ini.
Mengulas lanjut, jelas Rosemanizam bantuan awal persekolahan itu turut menerima kerjasama daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Mamee Sdn Bhd.
“Kita beri bantuan awal persekolahan ini untuk meringankan bebanan ibu bapa dan penjaga pelajar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
HAS2026: DIDIK MASYARAKAT HARGAI AIR
BANDARAYA MELAKA 22 April - Sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026) Peringkat Kebangsaan di Dataran Tanjung Bidara pada 24 dan...
‘TANGAN EMAS’ ANAK MELAKA HARUMKAN NAMA NEGARA
BANDA HILIR 22 APRIL - Kemahiran bermain jarum dan benang mengangkat nama Nadratulliyana Ab Malek, 22, di persada antarabangsa apabila...
30 INSTITUSI TVET ‘SEBUMBUNG’ PERKUKUH PEMBANGUNAN BAKAT MELAKA
BANDA HILIR 22 April - Kira-kira 30 institusi termasuk agensi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berjaya diselaraskan dalam...
HAS2026: DUA MOTOSIKAL MENANTI PENGUNJUNG BERTUAH
AYER KEROH 22 April - Dua unit motosikal antara hadiah utama cabutan bertuah sempena sambutan Hari Air Sedunia 2026 (HAS2026)...
CERAHKAN MASA DEPAN ANAK-ANAK PPKI DALAM BIDANG PASTRI
AYER KEROH 22 April - Kerajaan Negeri menyeru lebih banyak syarikat atau pengusaha pastri di negeri ini untuk membuka pintu...
BATANG MELAKA ADA BOMBA SUKARELA
ASAHAN 22 April - Pasukan Bomba Sukarela Batang Melaka bakal kembali menabur bakti buat penduduk Dewan Udangan Negeri (DUN) Asahan,...

