
13 doktor dari Kelantan dihantar bantu hospital di Sabah tangani COVID-19
KOTA BHARU 5 Okt. – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menghantar seramai 13 doktor ke Sabah bagi membantu menangani penularan pandemik COVID-19 di negeri itu.
Pengarah JKNK Datuk Dr Zaini Hussin berkata kumpulan doktor itu dihantar melalui dua fasa iaitu pada 23 Sept seramai lima orang manakala dalam Fasa II iaitu semalam, seramai lapan doktor telah berlepas ke Negeri Di Bawah Bayu.
“Kumpulan pegawai perubatan yang dihantar ini adalah dari pelbagai hospital di Kelantan. Tujuan mereka dihantar adalah bagi membantu hospital di Sabah menangani masalah pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau juga berkata sembilan individu yang positif jangkitan virus berbahaya itu di Kelantan, termasuk bayi berusia 17 bulan, kini berada dalam keadaan stabil,
Bagaimanapun, melihat kepada peningkatan kes harian yang tinggi pada masa ini, JKNK meminta orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi mengekang penularan.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
