
14 ‘bayi merdeka’ lahir semalam
AYER KEROH 1 Sept – Seramai 14 bayi dilahirkan di Melaka ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-64 semalam.
Exco Kesihatan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, jumlah ‘bayi merdeka’ itu bagaimanapun diperolehi setakat jam 2 petang.
“Daripada jumlah itu, seramai tujuh bayi lelaki dan lima bayi perempuan dilahirkan di Hospital Melaka (HM).
“Sepasang bayi, seorang lelaki dan seorang perempuan dilahirkan di Hospital Alor Gajah manakala tiada kelahiran bayi direkodkan di Hospital Jasin,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN), Mohd Ridhwan Mohd Ali memberikan 30 cenderahati kepada ibu yang melahirkan bayi sempena Hari Kebangsaan di HM ketika lawatannya bersama Ahli Lembaga Pelawat hospital berkenaan.
Menurut Mohd Ridhwan, beliau dimaklumkan hospital berkenaan dijangka menerima anggaran 30 kelahiran, semalam berdasarkan purata harian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

