14 hotel sahaja ada sijil halal bufet Ramadan

Masa Membaca:54 Saat

MELAKA 3 April – Hanya 14 hotel di Melaka mempunyai Sijil Pengesahan Halal (SPH) dan dibenarkan menggunakan istilah tersebut atau logo dalam pengiklanan bufet Ramadan mereka.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka, Datuk Che Sukri Che Mat berkata antara contoh frasa atau istilah yang tidak boleh digunakan hotel lain selain 14 hotel berkenaan adalah’Buffet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’, ‘Selera Ramadan’, ‘Jom Berbuka’ dan ‘Dijamin Halal’.

“Empat belas hotel yang mempunyai sijil halal itu adalah Ames Hotel, Amverton Heritage Resort, Bayou Lagoon Park Resort, Bayview Hotel Melaka dan Hatten Hotel.

“Selain itu, Hotel Pantai Puteri dan Hotel Sentral Melaka, Hotel Sentral Riverview, IBIS Hotel, Kings Green Hotel, LaCrista Hotel Melaka, Mudzaffar Hotel, Rosa Hotel serta The Straits Hotel & Suits,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Plastik Hitam Bersendawa, hari ini.

Mengulas lanjut Che Sukri berkata, pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan pemeriksaan ke hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal ini bagi memastikan mereka tidak menggunakan logo, frasa atau istilah berkaitan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2271
Kongsi :
Previous post Dua beradik selamat selepas hanyut akibat enjin bot rosak
Next post Tunai terawih 30 hari, ganjaran RM150
Ubah saiz-+=