18 ‘Wishlist’ Melaka demi pembangunan rakyat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 59 Saat

KUALA LUMPUR 21 Jan – Selain lima projek keutamaan, kerajaan Melaka turut menyenaraikan 18 ‘Wishlist’ (senarai hajat) di bawah ‘Rolling Plan’ ke-3 (RP3), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, agenda itu antara yang disimpulkan dalam pertemuannya bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Senarai hajat disebut Sulaiman menerusi hantaran itu adalah:

1. Menaik taraf dan membina baru jalan empat orong persisiran pantai dari Hatten City ke Semabok, Daerah Melaka Tengah, Melaka;

2. Dua (2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Putat dan Sungai Durian Tunggal;

3. Menaik taraf jalan dari Persimpangan Seri Negeri – Persimpangan Jalan Tun Hamzah – Kg Bukit Katil – Persimpangan Duyong – Persimpangan AMJ Jambatan Duyong, Daerah Melaka Tengah (menaik taraf jalan dari Persimpangan JPJ ke Persimpangan Semabok AMJ);

4. Membina persimpangan bertingkat di Persimpangan Pulau Gadong dan Persimpangan Cheng Perdana Laluan Lebuh AMJ (ft19), Daerah Melaka Tengah, Melaka;

5. Kajian terperinci dan reka bentuk pembinaan empangan pesisir pantai (coastal reservoir) di lembangan sungai-sungai Negeri Melaka;

6. Kajian kemungkinan terperinci dan reka bentuk kerja-kerja menaik taraf empangan Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka;

7. Tiga (3) Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lendu, Machap Dan Bukit Katil.

8. Cadangan membina Klinik Kesihatan (Jenis 2) dengan 8DCE (Dental Chair) Bukit Katil, Daerah Melaka Tengah;

9. Cadangan kerja-kerja penggantian sistem bekalan air panas serta kerja-kerja berkaitan di blok tambahan Hospital Melaka;

10. Cadangan membina Kompleks Perkhidmatan Rawatan Ambulatori beserta Klinik-Klinik Pakar di Hospital Melaka;

11.Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan dua (2) Balai Polis Di Ayer Keroh dan Sungai Rambai serta perumahan;

12.Cadangan pembangunan Rumah Kedai di 7 Lot Taman Ambassador Village, Mukim Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka;

13. Cadangan menaik taraf infrastruktur di Lot Tanah Industri Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub Fasa 2, seluas 8.039 ekar;

14. Cadangan pembinaan Mini Stadium Masjid Tanah;

15. Cadangan membina padang sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh;

16.Cadangan menaik taraf Stadium Jasin;

17.Pembinaan Akademi KEMAS;

18. Pembinaan Akademi Latihan Kehakiman Syariah.

Terdahulu Sulaiman dan Mustapa mengadakan sidang media Bersama selepas menghadiri Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka dan Sesi Roadshow Pasca RMKe-12 Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bersama Kerajaan Melaka, di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1037
Kongsi :
Previous post COVID-19: Grand Lexis, Lexis Port Dickson ditutup dua hari
Next post Lee Zii Jia ‘blackout’
Ubah saiz-+=