
Lee Zii Jia ‘blackout’
MELAKA 21 Jan – Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menukar gambar profil Facebooknya kepada warna hitam, hari ini.
Tindakan itu dilakukan tidak sampai beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penggantungannya daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan.
Ia dipercayai sebagai tanda protes atau kecewa berhubung keputusan tersebut.
Lebih-lebih lagi, keputusan itu diumum tatkala menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.
Menerjah ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan menyokong penuh pemain berusia 23 tahun itu.
Antara komen yang diberikan termasuklah ‘Stay Strong’, ‘Malaysia with You’, dan ‘Comeback Stronger’.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan peminat mengecam tindakan BAM ke atas Zii Jia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos β Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos β Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
