180 peniaga pasar malam daerah Jasin terima sumbangan

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

Oleh: Juraidah Othman

JASIN 24 Nov – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) terus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menganjurkan Program MPJ Prihatin dan menyampaikan sumbangan kit makanan kepada peniaga pasar malam di sekitar daerah Jasin.

Yang Dipertua MPJ, Datin Sapiah Haron, program ini bertepatan dengan slogan MPJ iaitu #MPJPrihatinDiHatiku yang menggalakkan setiap anggota masyarakat berbuat kebaikan.

Beliau berkata, tidak hanya bertanya khabar dan beramah mesra, pihaknya turut menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk barangan makanan sebagai tanda prihatin.

“Kita haruslah memahami bahawa kita adalah sebahagian daripada masyarakat yang sama. Justeru, apa jua yang dialami dan dirasai oleh sebahagian daripada masyarakat tersebut akan turut dirasai oleh kumpulan masyarakat yang lain.

“Di samping mengejar matlamat dan cita-cita peribadi, marilah kita bersatu dan bekerjasama untuk memberikan sinar kehidupan yang lebih cemerlang kepada mereka yang kurang bernasib baik agar tidak ada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan,” ujarnya pada Program MPJ Prihatin Penyampaian Kit Makanan kepada peniaga Pasar Malam Jasin Bestari, di sini.

SAPIAH menyampaikan sumbangan kit makanan kepada salah peniaga pasar malam di Jasin Bestari.

Dalam pada itu, Sapiah berkata, usaha ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pekerja MPJ, malah ukhwah di kalangan masyarakay yang berbilang kaum yang terdapat di daerah ini khususnya.

Seramai 180 peniaga pasar malam di seluruh Daerah Jasin melibatkan enam lokasi telah menerima sumbangan kit makanan daripada MPJ.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1309
Kongsi :
Previous post Melaka mampu jadi kuasa besar teknologi – Prof Ahmad
Next post Perang bendera PRN Melaka mulai reda
Ubah saiz-+=