Sorting by

×

19 kawasan di Masjid Tanah berdepan 15 jam gangguan air

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MASJID TANAH 27 Ogos – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) memaklumkan 19 kawasan di sekitar daerah ini bakal mengalami 15 jam gangguan air pada 1 September depan.

SAMB dalam kenyataannya berkata, gangguan bekalan air berjadual akan berlaku bermula jam 10 pagi pada 1 September dan dijangka berakhir pada 1 pagi keesokannya.

Jelasnya gangguan itu berlaku berikutan tedapat kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan di Loji Air Gadek dan Loji Air Sungai Siput.

“Penyelenggaraan meliputi kerja-kerja pemasangan flow meter di Inlet dan Outlet Loji Air Sungai Siput, malah pembaikan juga dilakukan terhadap kebocoran pada flow meter di Loji Air Gadek.

“SAMB menyarankan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan sebarang maklumat lanjut sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam di talian 15800 atau mesej serta whatsapp di talian 013-751 5800,” katanya.

Kesemua 19 kawasan terbabit iaitu di seluruh kawasan Durian Daun, Jalan Ayer Hitam Tanjung Bidara, Industri Pengkalan Balak, seluruh kawasan tinggi Tanjung Bidara, Taman Bidara Jaya, Solok Duku, Taman Bidara Palma,Taman Bidara Indah dan Padang Kemunting.

Selain itu, di Paya Rumput, seluruh kawasan Pekan Lubok China, Taman Datuk Setia, Felcra Ramuan China, Taman Setia Jaya,Kampung Sungai Jerneh, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Taman Wira Mas, Ramuan China Kechil dan Ramuan China Besar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2673
Kongsi :
Previous post FDAM mahu kepimpinan FINAS dirombak
Next post Teruskan agenda mengurus COVID-19, pulihkan ekonomi
Ubah saiz-+=