Sorting by

×

Teruskan agenda mengurus COVID-19, pulihkan ekonomi

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MELAKA 27 Ogos – Senator Datuk Lim Ban Hong mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk mengalas semula jawatan timbalan menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menurut beliau, pelantikan itu membolehkan pihaknya meneruskan agenda yang dirancang sebelum ini sehingga ia mencapai matlamat serta aspirasi kementerian.

“Sekarang tiba masa sambung kerja dan meneruskan dua agenda yang kita fokuskan iaitu dari segi kawalan dan pengurusan COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Perdana Menteri hari ini mengumumkan senarai barisan ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’ melibatkan 31 menteri termasuk empat menteri kanan yang akan menjadi pasukan pengurusan yang bekerja bersama rakyat, selain 38 timbalan menteri.

Selain itu menurut Ban Hong, agenda kawalan dan pengurusan COVID-19 fokus kepada meneruskan pencapaian matlamat Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Usaha itu, katanya, bertujuan bagi menyegerakan proses imunisasi rakyat manakala PIKAS diperkenalkan untuk memastikan pekerjamendapat vaksin percuma di bawah program itu.

“Bagi agenda kedua, kita nampak beberapa rancangan yang telah dikemukakan dan dilancarkan seperti Pelan Pemulihan Negara, ini akan diteruskan agar ekonomi negara dapat dipulihkan segera serta meminimumkan kesan-kesan akibat pandemik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

887
Kongsi :
Previous post 19 kawasan di Masjid Tanah berdepan 15 jam gangguan air
Next post Ahmad Sarji meninggal dunia
Ubah saiz-+=