191 mangsa banjir pulang ke kediaman

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 19 Mei. – Jumlah mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus berkurang apabila semakin ramai penduduk dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir semakin pulih.

Berdasarkan infografik Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, setakat 8 pagi tadi seramai 478 orang daripada 119 keluarga masih berada di sembilan PPS.

Jumlah itu berkurang daripada 521 orang daripada 121 keluarga yang direkodkan pada jam 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah tertinggi mangsa banjir direkodkan pada 4 petang semalam iaitu seramai 669 orang daripada 149 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS.

Katanya, daripada jumlah itu 191 mangsa banjir sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing berikutan banjir pulih.

“Kita turut menutup satu PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai pada jam 7 malam semalam apabila banjir pulih di sekitar kawasan itu,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya sebanyak sembilan PPS masih dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di tiga daerah di negeri ini.

“Daripada jumlah itu Melaka Tengah merekodkan PPS terbanyak iaitu enam diikuti dua di Jasin dan satu di Alor Gajah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

496
Kongsi :
Previous post “Mereka bertiga kawan rapat sejak kecil” – Bapa anak kembar lemas
Next post Pembaca berita sanggup merantau, tinggalkan kerjaya glamor untuk sertai bomba
Ubah saiz-+=