2,000 peniaga termasuk ‘Uptown’ di Banda Hilir hampir lingkup

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Jun – “Mohon ‘pandang-pandanglah’ kami di sini kerana perniagaan kami hampir terlingkup sebab dah berbulan tidak beroperasi,” kata Penganjur Bazar Ole-Ole Melaka, Khairul Anuar Mohd Noor.

Dia antara peniaga di Banda Hilir yang berputih mata dan buntu akibat hilang punca pendapatan berikutan bazar berkenaan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan penuh (PKP).

Menurut Khairul Anuar, 35, sehingga kini kira-kira 80 peratus membabitkan 2,000 peniaga  termasuk perniagaan ‘uptown’ di Banda Hilir terkesan dan memerlukan penyelesaian.

KHAIRUL Anuar.

Menurutnya, hasil maklumat dikongsikan dari pelbagai persatuan peniaga di kawasan berkenaan, mendakwa ramai peniaga terpaksa menggadaikan harta dan menanggung hutang yang banyak demi meneruskan perniagaan.

“Ada yang gadai emas, kereta dan rumah sejak benar-benar terkesan pada Januari lalu sehinggalah sekarang, malah ada yang meminjam ‘ah long’.

“Seramai 280 peniaga uptown di kawasan ini tidak tahu hala tuju mereka selepas tidak dibenar beroperasi, malah kira-kira 70 daripada mereka tidak mampu membayar sewa bulanan.

“Secara purata tanggungan liabiliti bagi peniaga dalam kawasan Banda Hilir di bawah RM3,000 sebulan dan kini semakin terkesan akibat tidak boleh berniaga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Khairul Anuar berkata, semua peniaga di Banda Hilir menjadikan sektor pelancongan di kawasan itu sebagai punca pendapatan utama mereka memohon dibenar beroperasi semula.

“Kita juga mohon kerajaan beri kelonggaran kepada penerima vaksin penuh dapat merentas negeri kerana ini benar-benar membantu kelangsungan perniagaan kami.

“Fasa bagi pembukaan sektor pelancongan dalam Pelan Pemulihan Negara dijangka pada Disember agak lama dan wajar dinilai untuk dipercepatkan kerana sudah berbulan kami sengsara,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1874
Kongsi :
Previous post PEMULIH: Terima kasih PM prihatin nasib pengusaha pusat sukan
Next post PDRM ulangi cadangan sampel DNA bayi diambil disimpan dalam bank data
Ubah saiz-+=