
200,000 penerima STR terima RM600 SARa mulai Isnin – PM Anwar
PUTRAJAYA, 14 Julai – Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar berdasarkan data e-kasih akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini, bagi mendapatkan keperluan barangan makanan asas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian itu merupakan antara pengumuman yang dibuat menerusi aspek Perlindungan Sosial Untuk Rakyat Memerlukan sebagai langkah awal merealisasikan Naratif Ekonomi MADANI sebelum pembentangan Belanjawan MADANI 2024 Oktober depan.
“Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
“Perincian berhubung program SARa akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata beliau yang juga Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAUGE MACHAP BARU TEMBUSI PASARAN SINGAPURA
MACHAP JAYA 15 Mei - Tauge dengan kerangupan dan rasa manis apabila dikunyah sememangnya menjadi pilihan penggemar sayuran tersebut. Di...
LEBIH 20,000 RUMAH MAMPU MILIK SIAP DIBINA DI MELAKA
AYER KEROH 15 Mei - Sebanyak 20,192 unit Rumah Mampu Milik (RMM) sudah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM)...
DEWAN ‘RAJA SEHARI’ PALING BERBALOI DI AYER KEROH
AYER KEROH 15 Mei – Bakal pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan di lokasi eksklusif dengan pelbagai fasiliti lengkap wajar mempertimbangkan...
KARNIVAL HEBADS 2026 CETUS GENERASI BERANI KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, DADAH
MASJID TANAH 15 Mei - Karnival Hentikan Buli, Anti Dadah, Rokok/Vape dan Jenayah Seksual (HeBADS) Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MAIM REKOD 41 INDIVIDU PELUK ISLAM DI MELAKA TAHUN INI
BUKIT KATIL 15 Mei - Seramai 41 saudara baharu telah direkod memeluk Islam dan berdaftar di bawah Majlis Agama Islam...
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
