2022 tahun cemerlang SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

AYER KEROH 11 Januari – Tahun 2022 menjadi tahun paling cemerlang bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh.

Ia selepas pelajar sekolah berkenaan hasil bimbingan Saadiah Abd Razak, Adila Fazleen Che Manan, Zetti Hafiza dan Lily Harnisa Zaid meraih pelbagai kejuaraan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Antara kejayaan terbesar diraih sekolah berkenaan ialah meraih tiga anugerah emas dan dua perak pada Singapore Performing Arts and Festivals, Julai tahun lalu.

Selain itu, mereka turut menempa kejayaan membanggakan dalam pertandingan Poetry Recitation dan Mini Documentary apabila muncul johan peringkat kebangsaan.

Di peringkat negeri pula, sekolah berkenaan turut merangkul gelaran johan bagi pertandingan Poetry Recitation, Mini Documentary, Sketch, Product Review dan Choral Speaking.

Kejayaan membanggakan itu diraikan pada Malam Apresiasi bertemakan ‘Glams and Glitters – Today was a fairytale’ di sebuah hotel di Ayer Keroh, 7 Januari lalu.

Majlis itu disempurnakan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Khairiman Khazali.

Khairiman dalam ucapannya memuji komitmen warga SK Tun Syed Ahmad Shahabudin yang dipimpin Guru Besar Roslan Abu Bakar dalam meraihkan pelbagai kejayaan dan seterusnya menaikkan nama Negeri Melaka.

“Saya difahamkan ini adalah pencapaian terbaik SK Tun Syed Ahmad Shahabudin sejak ia mula beroperasi pada tahun 2011.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pentadbir yang hebat, barisan guru yang berdedikasi, murid murid yang berpotensi dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan,” katanya.

Malam Apresiasi SK Tun Syed Ahmad Shahabudin itu turut dihadiri Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) Serinah Jaapar, barisan pentadbir sekolah, selain kira-kira 70 ibu bapa murid yang terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2332
Previous post Rumah retak resahkan penduduk
Next post Ambil dadah, lelaki dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan