‘2022 tutup buku’: Imbasan Julai 2022

Masa Membaca:2 Minit, 23 Saat

5 Julai 2022

Pesara guru maut ditikam anak kandung

TANGGA BATU – Seorang wanita warga emas yang juga pesara guru maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, di sini.
Kejadian kira-kira jam 3 petang, 5 Julai lalu disedari jiran selepas salah seorang anak perempuan mangsa menjerit meminta pertolongan.

16 Julai 2022

Melaka tersenarai dalam UK Future Cities Programme

BANDA HILIR – Melaka terpilih antara sembilan bandar raya dalam Asia Tenggara yang terbabit dalam UK Future Cities Programme.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri melahirkan rasa bangga di atas pemilihan negeri ini antara bandar dari enam negara di Asia Tenggara dalam program berkenaan.

20 Julai 2022

Syarikat Jerman melabur RM14.7 bilion di Melaka – Ab Rauf

BUKIT RAMBAI – Melaka terus menjadi tumpuan utama syarikat pelabur dari Eropah khususnya Jerman untuk membuat pelaburan jangka panjang di negeri ini.
Exco Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, nilai pelaburan syarikat dari Jerman di Melaka secara keseluruhan bernilai hampir RM 14.7 bilion setakat ini.

20 Julai 2022

40 negara meriahkan kejuaraan silat dunia di MITC

KUALA LUMPUR – Kejuaraan Silat Dunia 2022 bakal menyajikan aksi yang bertenaga dan memukau para peminat sukan tempur ini yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka pada 26 hingga 31 Julai ini.
Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka ialah India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir dan Amerika Syarikat.

julai (asam pedas)
Melaka pecah rekod masak 250 asam pedas serentak

23 Julai 2022

Melaka pecah rekod masak 250 asam pedas serentak

BANDA HILIR – Melaka menerima pengiktirafan The Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila mencatat sejarah memasak asam pedas terbanyak dan serentak di negara ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, rekod terbanyak itu dipecahkan apabila seramai 250 peserta memasak masakan warisan itu secara serentak pada Festival Makanan Warisan 2022, di Jalan Kota, Kompleks Warisan Melaka, 23 Julai lalu.

26 Julai 2022

Tun Mohd Ali rasmi Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022

AYER KEROH – Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung selama enam hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, membuka tirai secara rasminya, 26 Julai lalu.
Lafaz perasmian kejuaraan edisi ke-19 itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Penaung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

27 Julai 2022

Pusat data terbesar dibangunkan di Ayer Keroh

SERI NEGERI – Ayer Keroh bakal dijadikan lokasi membangunkan pusat data dengan nilai pelaburan melebihi RM1 bilion, kata Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, lokasi seluas lebih lapan hektar itu bakal dibangunkan sebanyak tujuh kampus sekali gus menjadi pusat data kedua terbesar negara selepas Cyberjaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1667
Kongsi :
Previous post Ahli Majlis MBMB perlu tingkat momentum
Next post Dua cedera bas ekspres terbalik di Lebuh Raya PLUS
Ubah saiz-+=