Sorting by

×

23 agensi dan jabatan diraikan, terima penghargaan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 12 September – Sebanyak 23 organisasi, jabatan dan agensi kerajaan diraikan pada Majlis Apresiasi Program Pemerkasaan Infrastruktur Digital dan Telekomunikasi Negeri Melaka di sebuah hotel di sini hari ini.

Kesemua penerima menerima penghargaan dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi bagi memastikan pembangunan infrastruktur telekomunikasi Negeri Melaka berjalan lancar.

Pada majlis tersebut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh turut menyampaikan replika cek bernilai RM1,422,903 daripada MITCH kepada Lembaga Tabung Amanah Melaka yang diwakili Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.

Lebih menarik lagi, Majlis Ulang Tahun ke-20 penubuhan MITCH turut diraikan pada majlis apresiasi tersebut.

Majlis apresiasi itu dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)  dengan kolaborasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan ICT Holdings Sdn Bhd (MITCH).

Penganjuran majlis penghargaan tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama yang lebih erat dan harmoni dengan semua pihak yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur digital dan telekomunikasi di Negeri Melaka

Objektif majlis terbabit adalah untuk menghargai setiap jabatan, agensi kerajaan dan organisasi swasta yang memainkan peranan sebagai penggerak utama dalam pembangunan telekomunikasi dan infrastruktur digital negeri.

Difahamkan, Kerajaan Negeri turut mengadakan dua mesyuarat pemerkasaan infrastruktur digital dan telekomunikasi negeri di hotel terbabit.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

987
Kongsi :
Previous post Melaka jemput semua penyedia perkhidmatan komunikasi hadir ke SMIX 2023
Next post Jelajah Keusahawanan Melaka dekati usahawan, pengusaha November ini
Ubah saiz-+=