Melaka jemput semua penyedia perkhidmatan komunikasi hadir ke SMIX 2023

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

KUALA LUMPUR 12 September – Kerajaan Negeri menjemput semua wakil penyedia perkhidmatan komunikasi untuk hadir ke Persidangan Antarabangsa dan Expo Smart Melaka 2023 (SMIX 2023).

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, persidangan tersebut akan berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Katanya, persidangan tersebut akan membincangkan kerjasama dan sesi perkongsian mengenai pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Melaka.

“Saya alu-alukan penglibatan semua pihak terutama wakil-wakil daripada penyedia perkhidmatan komunikasi untuk turut serta dalam SMIX 2023 nanti” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menghadiri Majlis Apresiasi Sempena Program Pemerkasaan Infrastruktur Digital dan Telekomunikasi negeri di sebuah hotel, di sini, semalam.

Majlis apresiasi tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Dalam pada itu, Fairul Nizam memaklumkan majlis apresiasi tersebut merupakan platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara semua pihak.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada jabatan, agensi serta organisasi penyedia perkhidmatan komunikasi.

“Menerusi majlis dan program ini, ianya dapat mengharmonikan dan perkukuh kerjasama yang komited kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan infrastruktur digital dan telekomunikasi negeri.

“Tahniah kepada 23 agensi, jabatan dan organisasi yang diraikan pada majlis apresiasi kali ini.

“Antara yang menerima penghargaan adalah Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN); Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC); Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB); Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ); Majlis Perbandaran Jasin (MPJ); Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

“Turut menerima penghargaan, Plan Malaysia Negeri Melaka; Bahagian Koridor Infrastruktur dan Impak Sosial negeri; Pejabat Tanah dan Galian negeri; Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah; Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah; Pejabat Daerah dan Tanah Jasin; Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri; Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri; Digital Nasional Berhad (DNB).

“Penghargaan turut disampaikan kepada lapan penyedia perkhidmatan komunikasi termasuk, Celcom Digi Berhad; Maxis Communication; Digi Telecommunication; Webe Digital; YTL Communication;Telekom Malaysia dan TIMEDOTCOM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2512
Kongsi :
Previous post Melaka sasar capai kadar 89.5 peratus liputan 5G menjelang Disember ini – KM
Next post 23 agensi dan jabatan diraikan, terima penghargaan
Ubah saiz-+=