23 peserta berkayak sejauh 42 km, pra-kempen TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

KOTA LAKSAMANA 13 Ogos – Seramai 23 peserta  berkayak sejauh 42 kilometer dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) di Marina Awam Melaka ke Telok Kemang, Port Dickson sempena pra kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pada program Adventure Marathon Kayak Trip itu, semua peserta menaiki enam kayak dan membawa bendera Melaka sebagai simbolik TMM2024.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) negeri, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Melaka.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata program itu julung kali diadakan dan ia merupakan usaha yang wajar diberi perhatian.

Jelasnya, usaha itu meskipun berisiko namun ia sebagai langkah positif dalam sub sektor pelancongan negeri.

“MBMB, Jabatan Laut dan beberapa agensi berkaitan telah membantu serta memberikan kebenaran untuk peserta berkayak sejauh 42 km.

“Dianggarkan tempoh untuk sampai ke Telok Kemang memakan masa 13 jam jika tiada badai dan masa itu mungkin akan berpanjangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Adventure Marathon Kayak Trip sekali gus melepaskan peserta untuk memulakan ekpedisi kayak mereka.

IMG_9856
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin mengadakan sidang akhbar selepas majlis pelepasan peserta kayak pada Program Kayak Marathon dari Melaka ke Port Dickson sempena pra kempen Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Marina Melaka, Kota Laksamana, Melaka. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Rais berkata, menerusi MBMB, pihaknya akan sentiasa membantu BPP dan agensi pelancongan negeri lain dalam usaha untuk merancakkan sektor pelancongan negeri.

“Kita harap pada tahun hadapan, program seumpama ini dapat diadakan dengan skala lebih besar dan melibatkan pengunjung dalam dan luar negeri.

“MBMB dan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) lain akan turut serta beri kerjasama jika melibatkan kawasan pentadbiran mereka bagi membantu sektor pelancongan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post PRN: PH – BN masing-masing kuasai tiga negeri
Next post Mayat tekong Indonesia bot terbalik ditemui di Tanjung Tuan
Ubah saiz-+=