27 agensi, GLC, PKS sertai delegasi Melaka ke Expo Dubai 2020

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 16 Feb – Penyertaan 11 agensi dan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) di Expo Dubai 2020 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada 13 Mac depan dijangka mampu membuka peluang pelaburan baharu untuk negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata antara agensi terbabit adalah Invest Melaka, MIDA, Perbadanan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Tourism Melaka dan Badan Kawal Selia Air (BKSA).

Katanya turut serta adalah Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM), Perbadanan Bioteknologi Melaka, Kumpulan Melaka Berhad, Jabatan Pertanian Melaka dan Melaka ICT Holdings. Sdn Bhd.

“Kerajaan Negeri Melaka juga turut membawa bersama 16 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Melaka untuk mempromosikan produk keluaran tempatan.

“Antaranya Cahaya Gemilang Marketing, Asas Matahari, Nuha Food Sdn Bhd, Al Taj Food Marketing Sdn Bhd, Forest Town Honeybee, NRB Food Industries, O Seeker Food Sdn Bhd dan KS Industrial Tools Sdn Bhd,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran bagi Penyertaan Melaka di World 2020 Expo Dubai di Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari; EXCO Kanan Pelaburan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Abdul Aziz Engan, wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1146
Kongsi :
Previous post Melaka sasar RM500 juta pelaburan menerusi Expo Dubai 2020
Next post Mewajah Merlimau 5 Tahun fokus sektor pelancongan
Ubah saiz-+=