
28 rumah rosak dibadai ribut di Sungai Petani
ALOR SETAR, 1 April – Sebanyak 28 rumah mengalami kerosakan akibat ribut di beberapa kawasan di Sungai Petani dalam kejadian pada kira-kira 2 petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda Azhar Ahmad berkata kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang.
“Kejadian turut menyebabkan pokok tumbang namun tiada mangsa tercedera dilaporkan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula berkata antara kawasan terlibat ialah Taman Sutera Jaya, Taman Songket dan Taman Sri Impian.
Beliau berkata ketika kejadian, keadaan cuaca hujan lebat disertai angin kencang dan banyak kediaman rosak serta terjejas teruk terutama di bahagian bumbung.
“Alhamdulillah, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. Terima kasih kepada pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi lain yang bertindak pantas dalam mengawal situasi.
“Semoga kesemua mangsa yang terlibat tabah dan sabar menghadapi ujian ini,” menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAHASISWA PERLU BERFIKIRAN BESAR, BERANI CIPTA PELUANG BAHARU – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi mempersiapkan anak muda kelahiran bumi bertuah ini sebagai pemimpin masa hadapan...
MeSRa: ANAK MUDA ASET MASA HADAPAN NEGERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 Mac - Kepimpinan Kerajaan Negeri diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, sentiasa mengutamakan kecemerlangan...
BANTUAN RAMADAN PERKASA PERANAN MASJID DAN SURAU DI ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 14 Mac - Kerajaan Negeri memperuntukkan lebih RM467,000 kepada Parlimen Alor Gajah bagi diagihkan kepada 33 masjid kariah...
JUALAN MANTAI AIDILFITRI DUN AYER LIMAU TAWAR AYAM RM5 SEEKOR
AYER LIMAU 14 Mac - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berpeluang mendapatkan ayam pada harga istimewa RM5 seekor...
INISIATIF PERKASA BELIA MELAKA TERUS DIPERTINGKAT – KM
KUALA LINGGI 14 Mac - Kerajaan Negeri memberi tumpuan serius terhadap usaha memperkasa potensi anak-anak muda di negeri ini menerusi...
LEBIH 1,400 PENDUDUK DUN AYER LIMAU TERIMA SUMBANGAN CAHAYA SYAWAL
AYER LIMAU 14 Mac - Lebih 1,400 penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pelbagai bentuk sumbangan sepanjang...
