Sekolah Sukan Negeri Melaka johan Piala Datin Seri Utama Munira 2022

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PAYA RUMPUT 1 April – PASUKAN Bolasepak Wanita Sekolah Sukan Negeri Melaka (SSNM) muncul johan Kejohanan Liga Bola Sepak Wanita Piala Yang Amat Berhormat (YAB) Datin Seri Utama Munira 2022 di Stadium Hang Jebat, di sini, malam tadi.

Pasukan SSNM menewaskan No-T Girls dengan keputusan sengit 4-2 dalam perlawanan akhir itu.

Kemenangan SSNM dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu membolehkan mereka merangkul piala pusingan, medal dan wang tunai RM3,000.

Manakala pasukan No-T Girls yang muncul naib johan membawa pulang medal dan wang tunai RM2,000.

Dua lagi pasukan iaitu AG Tigers dan NFDP Ladies membawa pulang hadiah saguhati RM1,000 beserta medal.

Kesemua hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Datin Seri Utama Munira Yusop yang juga isteri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Hadir sama EXCO Belia dan Sukan negeri, VP Shanmugam; EXCO Hal Ehwal Wanita negeri Datuk Kalsom Nordin serta Exco Wanita dan Perubatan Persatuan Bolasepak Melaka United MUSA), Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah.

Untuk rekod, kejohanan yang julung kalinya diadakan itu telah berlangsung bermula 5 Mac lalu dimainkan secara liga empat pasukan dengan dua pasukan terbaik mara ke perlawanan akhir bagi merebut gelaran juara.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1778
Kongsi :
Previous post 28 rumah rosak dibadai ribut di Sungai Petani
Next post 500 bubur lambuk diagihkan Masjid Baitulrahman
Ubah saiz-+=