DUN SERKAM: 500 bubur lambuk diagihkan Masjid Baitulrahman

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERKAM 2 April – Sempena kedatangan Ramadan Jawatankuasa Masjid Baitulrahman Kampung Berangan Enam mengedarkan bubur lambuk selepas solat Jumaat, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam Datuk Zaidi Attan berkata, bubur dimasak secara gotong-royong itu diagihkan kira-kira 500 bekas kepada kariah sekitar Kampung Berangan Enam.

Katanya, semangat bergotong-royong masih tebal dalam jiwa penduduk Serkam meskipun jumlah yang hadir untuk membantu menurun berikutan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya sempat menyantuni masyarakat sekitar Kampung Berangan Enam yang bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Difahamkan penduduk bersama-sama ahli jawatankuasa Masjid Baitulrahman di sini akan edarkan sekitar 400 ke 500 bekas bubur lambuk sempena kedatangan Ramadan,” katanya.

ZAIDI (kanan) ketika ‘mengeteh’ pagi tadi di Warung Talib Taman Bukit Tembakau untuk mendengar sendiri keluh kesah warga DUN Serkam.

Terdahulu beliau turut menyantuni dan bersarapan bersama masyarakat sekitar Bukit Tembakau.

Katanya, perkara sedemikian adalah asas untuk beliau mendengar keluhan dan permasalahan setempat yang dialami penduduk warga DUN Serkam.

“Saya sempat ‘mengeteh’ pagi tadi di Warung Talib di Taman Bukit Tembakau dan berjumpa dengan masyarakat untuk saya mendengar keluh kesah mereka daripada akar umbi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1050
Kongsi :
Previous post Sekolah Sukan Negeri Melaka johan Piala Datin Seri Utama Munira 2022
Next post Impian jadi pegawai bomba tercapai
Ubah saiz-+=