30 pasukan seluruh negara sertai Perlumbaan Perahu Naga

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Julai – Perlumbaan Perlumbaan Perahu Naga 2023 dimeriahkan dengan penyertaan 30 pasukan dari seluruh negara termasuk wakil daripada agensi dan institusi pengajian tinggi (IPT) di Negeri Melaka.

Program sehari bermula seawal jam 9 pagi tadi menyaksikan lebih 300 peserta berentap dalam kategori terbuka dan tertutup di River Information Centre (RIC), Pengkalan Rama, di sini, hari ini.

photo1688273593 (1)
PUTRI NOOR.

Peserta, Putri Noor Diana Ahmad, 42, menyifatkan pertandingan kali ini sebagai sengit kerana lawan adalah dalam kalangan atlet muda.

Mewakili Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Putri Noor antara dua peserta wanita mengambil bahagin dalam pertandingan kali ini.

“Saingan sengit kerana ramai anak muda, mereka amat bertenaga, namun kami tetap beri cabaran, orang lama ada pengalaman dan strategi,” katanya.

photo1688273679
GOH HORNG JENQ.

Sementara itu, peserta dari Kuching, Sarawak, Lim Goh Horng Jenq, 48, berkata, jarak perlumbaan sejauh 150 meter dianggap amat ideal bagi pelbagai lapisan usia.

“Ini kali pertama kami sertai perlumbaan di Melaka dan ia begitu memuaskan, persekitaran lokasi pertandingan amat bersesuaian biarpun kali pertama diadakan di RIC.

“Apa yang pasti kami akan mengambil bahagian jika perlumbaan seumpama ini diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, perasmian perlumbaan itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2501
Kongsi :
Previous post Penduduk DUN Asahan bakal nikmati akses internet lebih pantas – Exco
Next post Wanita ditemukan maut dipercayai ditikam bekas suami
Ubah saiz-+=