30 veteran ATM terima sumbangan kit makanan

Masa Membaca:56 Saat

SUNGAI UDANG 5 Mac. – Seramai 30 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka menerima sumbangan kit makanan daripada kerajaan negeri pada majlis diadakan di Kem Terendak, di sini, hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam menyempurnakan majlis penyampaian berkenaan sempena lawatan beliau ke kem itu.

Beliau menyampaikan bantuan kit makanan termasuk serahan wang tunai itu di Masjid As Syuhada sejurus selepas menunaikan Solat Jumaat.

Yang Dipertua PVATM Melaka, Datuk Seri Mohamad Fazil Shafie berkata, bantuan terbabit sekali gus memberi sokongan kepada jasa yang telah dicurahkan golongan terbabit bagi menghargai pengorbanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara.

“Kami amat menghargai bantuan yang disampaikan ini dan sempena Hari Tentera Darat ke-88 disambut baru-baru ini, ia amat bermakna buat kami.

“Dengan acara seperti ini ia sekali gus memperlihatkan sokongan kerajaan terhadap warga tentera dalam menabur budi demi keamanan negara,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, Panglima 3 Divisyen, Kem Terendak Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post Rozliana dipilih sebagai ‘Asia Rugby unstoppable Ambassador’
Next post Masjid, surau dibenar pasang khemah tambahan- mufti
Ubah saiz-+=